Friday, November 5, 2010

ORANG YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
  •  Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun sehingga malaikat berdoa : "Ya Allah ampunilah hambu-Mu kerana tidur dalam keadaan bersuci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
  • Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat yang akan mendoakannya 'Ya Allah ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" 
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
  •  Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan"
4. Orang yang menyambung saf pada solat jemaah (tidak membiar kekosongan dalam saf)
  • Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat kepada orang yang menyambung saf"
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca surah Al-Fatihah
  • Rasulullah S.A W bersabda, maksudnya "Jika seorang imam membaca (ayat terakhir al-Fatihah saehingga selesai) ucapkanlah oleh kamu 'amin' kerana sesiapa ucapannya bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu"
6. Orang yang duduk ditempat solatnya selepas melakukan solat
  • Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia berada di tempat solat, di mana ia melakukan solat"
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
  • Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal"
  • "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikata pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka : "Bagaimana kalian meninggalkan hamba Ku?"
  • Mereka menjawab : "Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat"
8.  Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yag didoakan 
  • Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannaya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan. Malaikat itu berkata: 'amin dan engkau pun akan mendapatkan apa yang dia dapatkan'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
  • Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya "Tidak ada satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya' satu antara kedua-duanya berkata 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak..."
10. Orang yang sedang makan sahur
  • Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur"
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit
  • Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70 000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga subuh"

    0 comments:

    Related Posts with Thumbnails