Saturday, November 3, 2012

Siapakah diri ini...Hanya seorang hamba yang dhaif....


Hari demi hari aku menghitung waktu,hari yang mendatang pasti akan berlalu dan pergi..Aku mendongak ke langit melihat kejadian alam.betapa sempurnanya ciptaan Tuhan.Pelbagai nikmat yang telah di kurniakan oleh-Nya..Tapi apa yang dikurniakan jarang manusia mensyukuri..Aku melalui kehidupan yang penuh onak dan duri di hadiahkan oleh Tuhan dengan ujian tanda kasih dan sayangNYA,supaya aku makin bertambah dekat mendekati yang Maha Esa..Aku mentadabbur al-Quran sambil memperhatikan ayat terjemahan tersebut..telah menitis air mata jatuh di atas ribaan dan tanah.. Diri ku adalah hamba, yang telah mengikat janji kepada RABB yang Maha Esa ketika di alam roh lagi,sebelum di hidupkan di atas muka bumi... 

Allah s.w.t telah berfirman : 'Alastu bi rabbikum?` " Qaalu, bala syahidna"

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu
mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya):

Bukankah aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab:
Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.
Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.


Aku melihat diri ini sebagai hamba, terus bangun dan berjuang mengingatkan kata-kata dari ibunda ku yang menjadi pembakar semangat,menjadikan aku tak kenal erti penat dan lelah.. IBUNDA : Alang-alang hidup,hiduplah sebagai seorang Daei, Alang-alang mati,matilah sebagai seorang syuhada'.....

ketika inilah ingin ku luahkan senandung fikrah rabitah ini bersama dengan mu...
Betapa syahdu cinta kepada RABBI,
Betapa indah puisi cinta kepada RABBUL IZZATI,
Namun mengapa masih belum cukup nikmat yang ku rasakan sebelum ini..
Adakah aku insan yang pernah dusta dan iri hati lantas tidak dapat meneguk kelazatan iman dan taqwa di hati..
Adakah aku insan yang penuh dengan dosa saban hari?!
Dan ketika inilah aku singkap tirai firman illahi.. "fabiayyi 'aala irabbikumatukazziban"apa lagi nikmat Allah yang hendak engkau dustakan"
Terasa seperti salju menutupi segala keresahan di hati..
Terasa airmata menyelumuti segala keraguan di hati..
YA ALLAH, hanya ENGKAU tahu apa yang tersirat di hati hambamu ini..
Ketahuilah.., bahawa aku ingin engkau juga merasakan betapa manis dan ranumnya tatkala cinta kian berbuah..hadiah dari illahi.....
insyaALLAH.. jazakumullahu khairon jaza'..
by Hamba Allah yang Dhaif..Allah s.w.t yang berhak keatas semuanya...

Tuesday, May 17, 2011

KISAH KETABAHAN SEORANG WANITA

Pada zaman dahulu ada seorang lelaki bernama Abul Hasan. Ia pergi menunaikan haji ke Baitul Haram. Sewaktu dia tertawa, tiba-tiba dia terpandang wajah seorang wanita yang bersinar wajahnya sehingga dia berkata: " Demi Allah belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita ini. Tidak lain ini pasti kerana wanita ini tidak pernah risau dan susah hati ".

Dengan tiba-tiba wanita itu terdengar kata-kata Abul Hasan itu berkata : " Wahai lelaki, apa yang telah kamu katakan tadi sebenarnya Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita. Hati aku terluka kerana risau dan tiada seorang pun yang aku salahkan dalam hal ini ".

Saturday, May 14, 2011

MASA MUDA by EdCOUSTIC


Masa muda usiaku kini
Warna hidup tinggal kupilih
Namun aku telah putuskan
Hidup di atas kebenaran

Friday, May 13, 2011

KESALAHAN SYAR'I GOLONGAN WANITA

1.Memberi salam kepada golongan wanita kafir

Kadang kala berlaku pada sebahagian wanita muslimah dengan golongan wanita kafir di persekitaran. 

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
"Janganlah memberi salam kepada kaum Yahudi dan Nasrani" (Hadis Riwayat Muslim)

Saturday, April 16, 2011

tHe WorSt bAD dAy...


Hari ni knp ek..something wrong kot
mcm2 yg jd...perkara yg x dijgka2 pula 2...
aish....bosan la...
always same thing...
lg 1..td aq mun***...hnya roomateku yg tau
whatever la kan....
fed up tol...
Related Posts with Thumbnails