Tuesday, October 12, 2010

Khas Buat Calon Isteri



BUAT CALON ISTERI

Perkahwinan atau Pernikahan
Membuka Tabir Rahsia
Suami yang Menikahi Isteri
Tidaklah Semulia Muhammad
Tidaklah Setaqwa Ibrahim
Pun Tidak Setabah Isa dan ayub
atau Pun Segagah Musa
Apalagi Setampan Yusuf
Justeru Suami mu Hanyalah Lelaki Akhir Zaman
yang Punya Cita-Cita
Membangun Keturunan yang Soleh Solehah

Perkahwinan atau Pernikahan
Mengajar Kita Kewajipan Bersama
Suami Jadi Pelindung Isteri Penghuninya
Suami Nakhoda Kapal Isteri Navigatornya
Suami Bagai Balita Nakal Isteri Penonton Kenakalannya
Saat Suami Jadi Raja Isteri Nikmati Anggur Singgahsananya
Ketika Suami Jadi Bisa Isteri Penawarnya
Seandainya Suami Lancang Berkata Sabarlah Memperingatinya

Perkahwinan atau Pernikahan
Mengajar Kita Perlunya Iman dan Taqwa
Untuk Belajar Meniti Sabar dan Redha
Kerana Memiliki Suami tak Segagah Mana
Justeru Kamu akan Tersentak dari Alpa
Kamu Bukanlah Khadijah yang Begitu Sempurna Dalam Menjaga
Pun Bukan Hajar atau pun Mariam yang Begitu Setia Dlam Sengsara
Cuma Wanita Akhir Zaman yang Berusaha Menjadi Solehah...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget