Saturday, August 14, 2010

Bila Kesunyian Datang.......


Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari..

Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana.

Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala  kita merasa tidak seorang pun memahami kita, tidak ada tempat berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.


Hidup merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna.

Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termangu dalam kesunyian, di saat itu Allah sebenarnya ada bersama kita.

DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayangNya yang begitu dalam.
Dia akan menemani dalam tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.

Namun...hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar ada dan tentunya namaNya telah termetarai dalam hati kita.

Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintaiNya dengan sepenuh hati dan jiwa.

Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan?

Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.
Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuatnya cinta kita kepadaNya.

Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekatiNya.

RASULULLAH SAW bersabda:
" Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur. Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya"

0 comments:

Related Posts with Thumbnails