Tuesday, May 17, 2011

KISAH KETABAHAN SEORANG WANITA

Pada zaman dahulu ada seorang lelaki bernama Abul Hasan. Ia pergi menunaikan haji ke Baitul Haram. Sewaktu dia tertawa, tiba-tiba dia terpandang wajah seorang wanita yang bersinar wajahnya sehingga dia berkata: " Demi Allah belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita ini. Tidak lain ini pasti kerana wanita ini tidak pernah risau dan susah hati ".

Dengan tiba-tiba wanita itu terdengar kata-kata Abul Hasan itu berkata : " Wahai lelaki, apa yang telah kamu katakan tadi sebenarnya Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita. Hati aku terluka kerana risau dan tiada seorang pun yang aku salahkan dalam hal ini ".


Abul Hasan bertanya : " Apakah perkara yang merisaukan kamu? "

Wanita itu menjawab : " Pada suatu hari, ketika suamiku menyembelih kambing qurban, pada masa itu aku mempunyai empat orang anak. Satu telah kahwin, satu masih meminum susu dan dua lagi masih kanak-kanak. 
 Sewaktu aku bangun untuk membuat makanan, anakku yang tua berkata pada adikknya : "Wahai adikku, sukakah kamu aku tunjukkan kepadamu bagaimana ayah menyembelih kambing?"
Berkata si adik : " Sila tunjukkan kepadaku ".

Maka adiknya itu ditelentangkan dan disembelihnya. Setelah disembelih, dia menjadi takut apabila melihat darah yang banyak, maka dia pun lari ke bukit. Akhirnya anakku yang tua itu mati dimakan oleh serigala di atas bukit. 

Suamiku mencari anakku yang lari di atas bukit sehingga dia mati kehauasan di sana.

Aku keluar dari rumah meninggalkan anak kecilku untuk mencari suamiku, ketika itu anak kecilku merangkak menuju ke periuk yang airnya sedang mendidih, dan anakku tarik periuk itu sehingga tumpah di atas badannya menyebabkan kulitnya mengelupas.

Berita ini sampai kepada ankku yang telah berkahwin. Apabila mendengar berita yang menimpaku, dia jatuh pengsan dan akhirnya meninggal dunia. Kini aku tinggal sebatang kara ".

Abul Hasan bertanya : " Bagaimana kamu boleh sabar dalam menghadapi musibah yang sangat hebat ini? "

Berkata wanita itu : " Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan antara keduanya ada jalan berbeza. Ada pun sabar dengan memperbaiki yang lahir. Maka, hal itu baik dan terpuji. Ada pun mengeluh maka orang itu tidak mendapat ganti rugi, ianya sia-sia sahaja ".

Rasulullah S.A.W bersabda :
" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongkan baginya pakaian dari wap api neraka ".

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget