Friday, May 13, 2011

KESALAHAN SYAR'I GOLONGAN WANITA

1.Memberi salam kepada golongan wanita kafir

Kadang kala berlaku pada sebahagian wanita muslimah dengan golongan wanita kafir di persekitaran. 

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
"Janganlah memberi salam kepada kaum Yahudi dan Nasrani" (Hadis Riwayat Muslim)

Hal ini juga termasuk dalam memberi ucap selamat kepada mereka pada hari ulangtahun mereka, perayaan tahun baru dan sebagainya.
Mencintai musuh-musuh Allah adalah haram

  Firman Allah S.W.T :
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuh Ku dan musuh kamu menjadi teman rapat dengan cara kamu sampaikan kepada mereka berita (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur dan ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampi kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah S.A.W dan mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu telah beriman kepada Allah. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika benar kamu keluar untuk berjihad pada jalan Ku dan untuk mencari keredhaan Ku. )Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah) sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara sedemikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang betul"
(Surah Al-Mumtahanah : 1)

Sumber: Al-Hidayah (menurut al-Quran dan Hadis)........bersambung......

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget